Thursday 24 November 2011

balik pulau pun ada sejarah....hehehe

ok...dah lama aku x update blog aku ni...
so seetlh sekian lama x update ari ni aku nk story pasai satu tugu yg ada kt round about yg ada ke balik pulau....
rupa2nya tugu tu ada sejarah dia yg tersendiri...


Monumen roundabout di jalan Besar, Balik Pulau ialah seni bina asal yang dibinakan pada tahun 1882 oleh Koh Seang Tat (1833-abad 20an). Koh Seang Tat ialah seorang saudagar Hakka yang kaya, beliau telah dianugerah sebagai Kapitan Cina oleh kerajaan British. Kerja Kapitan Cina ialah menjaga kebajikan kaum Cina. Monument ini dibina untuk memperingatkan kunjugan Sir Federick Weld K.C.M.G Gabenor Selat Melaka.



       Semasa penjajahan British, orang British telah memperkenalkan teknik-teknik menggunakan kereta kuda. Kuda digunakan oleh orang kaya seperti Koh Seang Tat dan orang British. Roundabout ini berfungsi untuk kuda dan lembu minum air. Kuda dan lembu digunakan sebagai pengangkutan untuk mengangkut cengkih, buah pala, getah, pisang, dan kelapa. (Fong Ten Sent)



       Monument roundabout juga telah menjadi petanda di Balik Pulau. Pada zaman dahulu, orang menggunakan penunjuk arah untuk mengecamkan arah. Dua ukiran simbol singa didapati di bawah monumen. Simbol singa digunakan sebagai lambang British. Jadi, ukiran singa ialah untuk mengingati British. Selain itu, air akan keluar dari ukiran mulut singa. Menurut penduduk tempatan, air berasal dari gunung (O Keau Shua, Hokkien) di belakang sekolah Sacred Heart melalui sistem paip.



Kepercayaan bagi orang Cina ialah jika ada air orang Cina akan mendapat untung; jika tiada air, orang Cina akan malang. Dan orang Cina menganggap singa sebagai simbol hero.



Bahan asal monument ini dibina dengan menggunakan batu-bata.Penjagaan dan pembaiki roundabout diubahsuai dari masa ke semasa. Seperti sekarang 2011, sportlight, pancut air, peti elektrik,penunjuk arah angin dan mozek telah ditambah di roundabout. pernah juga diletakkan pokok kelapa plastic, tetapi telah  diturunkan kerana tidak cantik.



Kerajaan kita telah mengumumkan roundabout ini akan dikekalkan selama-lamanya.   

ok itulah serba sedikit story pasal round about tu....
so kepada sesiapa yg kta blik pulau ni x de tinggalan sejarah korang tarik balik kata2 tu....(ada ke org yg ckp cm 2?hehehe)

ok la lps ni kalaw ada masa lg aku up load gambar round about 2....hehehe 
   sbb aku pny line ada problem ari ni so susah nak upload gambar...hehehe....