Friday 13 June 2014

AYAH^^

Assalamualaikum...
sihat semua? masih waras? hahahahha...
sebenarnya entry kali ni special sikit(special ke? macam sama je)
specialnya sebab aku nak share sajak plak..aritu cerpen..
ok bersempena hari bapa yang bakal tiba ni(berapa haribulan ar? hahahhahaha)
aku ada buat sajak untuk my beloved daddy, hahahhhaa...
x nak la aku beleter panjang-panjang, bukan korang baca pon kan..hahhahhaha..
so layan la, kepada Encik Yaakup Salleh ini khas buat anda...


AYAH (by Khatijah Yaakup)

Ayah,
Wajahmu yang manis,
tak jemu untuk dipandang,
Kutatap dan ku lihat wajah itu,
Wajah yang sentiasa ada di mataku,
Wajah tua yang selalu aku rindu,
Wajah yang sentiasa ada di fikiranku.

Ayah,
Hadirmu di dalam hidup ini sangat bermakna,
Hadirmu adalah kurniaan Ilahi,
Kurniaan yang terlalu istimewa bagiku,
Kau berkerja membanting tulang empat keratmu,
Tanpa pernah mengadu lelahnya pekerjaan itu,
Demi mencari rezeki buat anak isterimu.

Ayah,
Amarahmu tak pernah kau tunjukkan,
Kau menjaga dan mendidik kami dengan sebaik-baik cara,
Hanya terkadang kau bertindak tegas,
Tapi bagiku itu bukan satu kemarahan,
Hanya sebuah amaran agar jangan diulang kembali.

Ayah,
Indahnya dunia aku disisimu,
Walaupun kini aku jauh di tempat orang,
Tak pernah aku lupa akan dirimu,
Segala pesanmu tersemat rapi di dalam mindaku,
Usahlah kau risau dan bimbang,
Cukup ilmu yang kau titipkan bersamaku.

Ayah,
Kau lah insan yang terbaik bagiku,
Tiada galang gantinya dirimu itu,
Kerana kaulah satu-satunya ayahku,
Satu-satunya lelaki yang paling aku sayang,
Satu-satunya insan yang paling aku cintai,
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah,
Kerna kau t’lah kurniakan insan ini kepadaku.

*dari anakmu yang comel, manja dan degil...peace yo...
ok....itulah sahaja saya punya sajak...kepada semua bapa selamat hari bapa yang bakal tiba(untuk abang aku juga yang bakal jadi bapa..hahahaha)
p/s : boleh diketegorikan sebagai sajak ke cikgu??hahahhahahahahaha^^
 

Monday 9 June 2014

Senyuman Limited Edition...^^

Assalamualaikum geng...arini aku tak nak cerita banyak sebenarnya, aku just nak share ngan korang tentang satu cerpen yang aku tulis sendiri ok...hahahahhaha.
kisah yang aku tulis ni sebenarnya kisah benar la juga(sikit-sikit je) yang lain tu aku reka sendiri...so aku taknak cakap banyak orang baca la cerita ni...kalau rajin komen la skit..hehehehhe


SENYUMAN 'LIMITED EDITION'
By : Khatijah Yaakup
Aku mengemas barang-barangku dengan keadaan yang tergesa-gesa, ‘kenapa  la pensyarah ni beleter panjang sangat hari ni, kan dah lambat.’ Bebelku sambil melangkah keluar daripada dewan kuliah. “Nuha, kau nak pergi mana? kitaorang nak pergi makan ni, kau tak mahu ikut ke?” tanya Lili apabila melihat aku laju meninggalkan kelas. “Tak nak, aku gerak dulu, bye.” Balasku lantang, semakin laju aku mengorak langkah, dah lambat ni nanti habis pula benda alah tu.

          Motosikal kesayanganku diletakkan dengan elok di tepi jalan, aku berlari-lari anak tanpa mempedulikan orang di sekelilingku apabila aku melihat tuan punya gerai sedang mengemas barang-barang jualannya. “Assalamualaikum makcik, karipap dah habis ke?” soalku walaupun aku tahu bahawa gerai tersebut telah ditutup. “Dah habis la nak, kenapa lambat hari ini selalu awal je awak sampai” balas makcik Ana, pemilik gerai karipap yang paling sedap di kawasan tersebut, karipap yang dijual olehnya ialah karipap jenis besar, rasanya sangat kena dengan anak tekak aku yang penggemar karipap ini, eh bukan ‘hantu karipap’.

          “Saya ada kelas tadi, sebab itu yang lambat, tak apa la makcik saya balik dulu, tak dapat makan karipap makcik harini.” Jelasku sambil mengeluh, aduh tak dapat makan karipap hari ni, tiba-tiba satu bungkusan plastik mendarat di hadapan mataku. Aku menyambut huluran itu dan membukanya, karipap! Pantas aku menoleh kearah tuan punya tangan, anak makcik Ana dia simpan karipap untuk aku. “Eh, awak terima kasih sebab simpan karipap ni untuk saya” kataku dengan perasaan yang sungguh gembira, mau tak gembira dapat karipap kegemaran, daging pula tu. “Sama-sama” balasnya dingin, dia kembali meneruskan kerja-kerjanya mengemas barang.

          “Nama saya Nuha, nama awak siapa? boleh kita kenal-kenal.” sambungku, masih mahu berbicara dengan lelaki tersebut. “Naim.” katanya sepatah lalu pergi meninggal aku sendirian di situ. Naim, indah nama itu seperti wajahnya juga, manis mukanya, sejuk mata memandang dengan janggut yang sejemput dibawah dagu menyebabkan semua wanita boleh cair melihatnya, tapi sayang ada kekurangan di wajah itu. Sepanjang aku menjadi pelanggan tetap di gerai karipap tersebut sejak beberapa bulan yang lalu, aku tidak pernah melihat wajah itu dihiasi senyuman, asyik serius sahaja atau dia mahu aku yang menimbulkan senyuman di wajahnya, aku tersenyum sendiri sambil menikmati karipap daging kegemaranku.

          Hari beransur petang, aku melabuhkan punggung di tepi tasik sebentar untuk melepaskan lelah setelah lama aku berjogging dari kawasan perumahanku sehingga ke tasik ini, hari ini aku telah memecahkan rekod peribadiku berjongging tanpa membawa motosikal aku bersama, jarak rumahku ke tasik ini agak jauh. Kedengaran telefon bimbit aku menjerit-jerit meminta untuk diangkat, aku tersenyum melihat nama di skrin telefonku, tanpa berlengah aku menyambut panggilan tersebut. “Wa’alaikumusalam ibu, orang nak balik dah ni, tunggu sekejap ye.” aku menjawab panggilan tersebut sambil bangun meninggalkan tempat dudukku, orang tua-tua pernah berkata malang itu tidak berbau, semasa aku asyik melihat kanak-kanak yang sedang gembira bermain layang-layang, aku tidak menyedari akan kehadiran seseorang yang sedang laju berlari menuju ke arahku, tanpa sempat mengawal kelajuannya dia merempuh diriku.

          “Ya Allah, kenapa yang kau berdiri tengah jalan ni?” soal lelaki tersebut sambil bangun mengibas-ngibas bajunya yang dipenuhi dengan rumput kering, serius sahaja nadanya. “Maaf, saya tengah tengok budak-budak main layang-layang.” balasku yang masih terduduk di atas laluan yang dibuat khas untuk berjogging dikawasan riadah tersebut, aku mendongak untuk melihat siapakah gerangan orang yang merempuhku, Ya Allah, abang karipap. “Tak apa, kau ok tak ni?” soalnya lagi. “Ok kot.” aku menjawab sambil melihat di seluruh badanku, hemmm, tak ada apa yang luka tapi kenapa tangan aku sakit, perlahan-lahan aku mengangkat tapak tanganku, Ya Allah darah, banyaknya. “Awak...darah...” kataku perlahan sambil menunjukkan luka di tapak tanganku, mataku sudah berpinar-pinar dan penglihatanku semakin gelap.

          “Nuha bangun, Nuha.” Terdengar suara lelaki samar-samar memanggil namaku, aku terjaga apabila terasa ada percikan air dimukaku, saat aku membuka mata aku melihat wajah Naim di hadapanku. “Kau ok ke ni? Kenapa kau tiba-tiba pengsan ni?” soal Naim dengan mukanya yang masih serius. “Ok, saya cuma tak boleh tengok darah la, dah lama ke saya pengsan ni, ibu mesti risaukan saya sebab tak balik rumah lagi.” aku mula gelisah memikirkkan ibu yang sedang menantiku dirumah. “Tak lama lima minit je, tangan kau tu aku dah balut, kau datang dengan apa?” tanya Naim lagi sambil matanya melihat sekeliling mencari sesuatu. “Saya jalan kaki, selalu datang dengan Erul, tapi hari ini gedik nak jalan kaki sendiri.” balasku sambil melihat tanganku yang sudah dibalut dengan sapu tangan, sapu tangan dia kot. “Kalau macam tu biar aku hantar la, lagipun kau tu baru sedar dari pengsan  mana boleh jalan sorang-sorang.” Katanya sambil berjalan menuju ke kereta. Baik juga mamat ni, mahu pula dia tolong aku padahal aku yang salah. Aku ingat selama ni kerek je mamat ni, mana tidaknya wajah tu tak pernah lekat dengan senyuman asyik serius je, bercakap dengan aku pun serius je.

          “Assalamualaikum, makcik karipap dua” makcik Ana hanya membalas dengan anggukkan sahaja, aku melihat kedalam gerai mencari kelibat seseorang yang aku tunggu, mana dia pergi ni tak nampak pun dari tadi. Mata aku meliar ke luar gerai melihat sekeliling dan aku ternampak Naim sedang duduk di tepi gerai sambil bermain dengan seekor kucing, aku terkedu.  Sesuatu yang tidak dapat aku bayangkan telah berlaku, sesuatu yang jarang aku lihat, sesuatu yang aku cari selama ini, senyumanya. Ternampak dengan jelas senyuman di bibirnya, dia tersenyum sambil bercakap dengan kucing yang berada di atas pehanya.  Ya Allah indahnya ciptaan mu, manis sekali wajah itu dihiasi dengan senyuman.

           “Nuha...Nuha...” aku tersedar dari khayalanku apabila terdengar makcik Ana memanggil nama ku. “Ya makcik, ada apa panggil saya?” aku membalas seperti orang bodoh. “Ini ha, karipap awak dah siap, jangan di tenung anak makcik tu lama-lama nanti putus pula janggut budak tu dek tenungan Nuha yang tajam tu.” Makcik Ana bergurau apabila dia melihat gelagat aku yang tidak lepas memandang anaknya, alamak macam mana boleh kantoi ni. Itu la kau Nuha nak tengok anak teruna orang tak pandang kiri kanan, kan dah kantoi malunya aku dengan makcik Ana. Aku mengambil karipap sambil menunjukan segaris gigiku kepada makcik Ana, nak cover malu la tu.

          “Awak, awak buat apa dekat sini kenapa tak tolong mak awak hari ini?” aku menegur Naim yang sedang leka bermain dengan kucing. “Kau ni bagi aku terkejut je, tak tahu nak bagi salam ke?” balasnya dengan nada yang serius, sudah hilang wajah yang manis dihiasi senyuman tadi, kenapa dengan dia ni kejap ok, kejap tak ok. “ Ye la awak, saya minta maaf Assalamualaikum awak, awak buat apa dekat sini?”  aku meminta maaf atas ketelanjuranku. “ Aku tengah masak nasi ayam, tak nampak ke?” balasnya sambil tangannya masih membelai-belai kucing yang semakin menggalak di atas pehanya. “ Ye la awak, nampak sedap nasi ayam awak tu, nanti bagila dekat saya sikit.” Aku membalas sambil mengiyakan kata-katanya, comel pula kucing ini, aku mula mahu membelai kepalanya namun Naim dengan keras menepis tanganku.

          “Aduh, sakit la awak.” Sakitnya tangan aku, dia ni lupa ke yang tangan aku luka semalam. “Maaf aku lupa yang tangan kau luka, yang kau datang sini kenapa?” dengan ikhlas dia meminta maaf kepada aku. “Saya nak pulangkan sapu tangan awak ni, dan nak cakap terima kasih sebab tolong saya semalam, lagi satu ni ibu saya bagi dekat awak.” Aku memberikan sapu tangannya bersama-sama satu bungkusan plastik, ibu mengirimkan lepat liat kepada Naim sebagai tanda terima kasih kerana dia telah membantu aku semalam. Selepas memberikan bungkusan tersebut aku mula mengorak langkah meninggalkan Naim sendirian disitu. “ Wei, terima kasih.” Katanya sambil melemparkan senyuman kepada aku, sekali lagi aku terpaku melihat senyumannya, dunia terasa terhenti seketika, terasa ada sesuatu yang aneh di dalam hati aku, aku tidak pernah merasa perasaan seperti ini.

          Sementara menunggu ibu dan kakak memilih baju di dalam butik aku menghabiskan masa mencari bahan bacaan yang terbaru untuk menghiasi rak buku di dalam bilikku. Deretan novel yang baru diterbitkan menjadi tumpuanku. Pada masa kini banyak koleksi-koleksi novel yang ditulis oleh penulis-penulis yang baru dan kebanyakannya mempunyai tema yang sama, disamping itu terdapat juga beberapa novel yang telah diadaptasi menjadi drama dan filem, hal ini kerana mereka mahu menggalakkan masyarakat untuk membaca. Semasa aku leka memilih bahan bacaanku aku terlihat kelibat seseorang yang aku kenali.

          Mataku mengekori kelibat tersebut kerana aku sangat yakin bahawa aku mengenali figura badan tersebut, Naim. Aku memerhatikan gelagatnya dengan seorang perempuan yang sangat ayu dan cantik di hadapan kaunter bayaran, sangat bahagia. Cantiknya perempuan itu jika mahu dibandingkan dengan diriku yang comot dan jarang berhias ini. Aku tidak pasti dengan perasaanku, tetapi aku sangat yakin bahawa aku tidak suka melihat perempuan lain bergandingan dengan Naim. Adakah ini yang dikatakan perasan cinta suci yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap hambanya. Tanpa aku sedari Naim juga sedang memandangku, apabila aku menyedari bahawa diri aku diperhatikan olehnya, aku berlalu pergi tanpa melihat kearahnya, aku pun tidak tahu apa yang telah terjadi kepada aku yang aku tahu hatiku terasa sakit dan pedih.

          Petang itu seperti biasa aku akan meluangkan masa untuk beriadah sambil melepaskan tekanan di dalam pelajaranku. Aku mengelilingi kawasan tasik tersebut sambil mendengar lagu yang dipasang melalui pemain mp3 yang sentiasa menjadi penemanku. Setelah penat aku melabuhkan punggung di tepi tasik, melihat gelagat angsa yang berada di dalam tasik tersebut. Mereka berenang ke sana dan kesini dengan perasaan yang riang, perasaan gembira tanpa mempedulikan manusia yang berada disekeliling mereka. Sedang aku asyik melihat gelagat mereka tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang dilontar kearahku, aku menoleh ke belakang melihat siapakah manusia yang kurang ajar, berani dia melontar batu kearahku nasib baik batu kecil kalau besar mahu pecah kepala aku, kelihatan Naim berdiri sambil berpeluk tubuh memandang ke araku.

          Sejak kejadian di kedai buku seminggu yang lalu aku tidak lagi berkunjung ke gerai karipapnya, aku kecewa apabila memikirkan Naim sudah mempunyai kekasih. Hampir beberapa hari aku berfikir kenapa aku berasa cemburu apabila melihat Naim bersama orang lain dan kini aku yakin dengan perasaanku, aku cintakan dia. Walaupun sekejap aku mengenalinya tetapi aku pasti dengan perasaan ini. Aku kembali memandang kearah tasik tanpa menghiraukan Naim yang berada dibelakangku, malas aku mahu melayannya. Naim datang dan melabuhkan punggungnya di tepi aku, aku masih tidak menghiraukannya dan asyik mendengar lagu.

          “Kenapa kau lama tak datang gerai?” soalnya apabila dia berjaya mengambil headfone yang berada dikepalaku. “Saja, tak ada mood nak makan karipap, sebab itu saya tak pergi.” Balasku selamba tanpa memandang kearahnya. Mahu gila juga aku seminggu tak makan karipap makcik Ana, tapi aku sabar je. “Oh, ingatkan awak dah tak sudi nak datang gerai mak saya.” Balas Naim, lain macam sahaja ayat mamat ni. “Tak ada la, saya malas je nak pergi, saya tengah fokus dengan projek tahun akhir saya.” Aku membalas dengan memberi alasan yang tidak logik, padahal aku sudah lama menyiapkan tugasan terakhirku.

          “Kau marah dekat aku ke” akhirnya terkeluar juga soalan yang ingin ditanyakan oleh Naim. “Marah? Kenapa saya nak marah dekat awak, awak tak buat salah pun dengan saya.” Mana ada aku marahkan dia, aku hanya kecewa sikit je. “ Aku tengok kau dah berubah, tak macam selalu, biasanya kau akan bising, banyak cakap tapi aku tengok kau diam je.” Naim berterus terang dengan perkara yang dirasainya, memang betul apa yang dikata olehnya, ini bukan diri aku yang sebenar. “ Tak ada apa-apalah, saya balik dulu, Assalamualaikum.” Aku tidak menjawab soalanya dan mula mengorak langkah meninggalkan Naim. “ Eh, kau nak pergi mana, jawab soalan aku dulu baru pergi.” Naim masih mendesak aku memberitahu perkara sebenar.

          “Baiklah awak nak tahu sangatkan kenapa saya marah.” Aku memulakan bicaraku apabila dia tidak putus-putus meminta aku untuk berterus terang. “Saya cemburu tengok awak dengan perempuan lain, masa dekat kedai buku tu hati saya sakit sangat tengok awak dengan perempuan tu, awak nampak bahagia sangat.” Aku berterus terang kepadanya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. “Kenapa awak cemburukan saya dengan perempuan itu.” Soal Naim kehairanan, mamat ni bukan sahaja tidak tahu nak senyum, lambat tangkap pula tu. “Saya cintakan awak.” Aku membalas perlahan dan pergi meninggalkan Naim di situ sendirian, namun pantas Naim mengejarku daripada belakang.

          “Nuha, tunggu jangan pergi dulu, dengar apa yang saya mahu cakap ni.” Aku tidak mempedulikan perkara yang mahu diberitahu olehnya, yang aku tahu sekarang aku mahu hilang dari pandangannya, Ya Allah, macam mana aku boleh luahkan perasaan aku dekat dia, malunya aku. “Nuha, aku pun cintakan kau.” Jerit Naim lantang, apabila dia melihat aku semakin jauh meninggalkannya. Aku berhenti dan berpaling kearahnya dan dia laju mendapatkan aku.

          “Aku cintakan kau, sejak hari pertama aku nampak kau datang ke gerai aku, masa tu kau terjatuhkan mp3 kau ke di dalam bakul yang aku letakkan karipap, selepas hari itu, hari-hari aku nampak kau datang beli karipap dekat kedai aku, sampai satu hari tu kau tak datang tapi firasat aku kuat mengatakan yang kau akan datang jadi aku simpan karipap dekat kau. Lepas tu, masa kau pengsan sebab tengok darah aku risau sangat, masa kau pengsan tu aku tengok kau comel sangat lagi aku yakin dengan perasaan aku dekat kau, masa kau bagi aku lepat liat lagi aku gembira. Tapi selepas kejadian dekat kedai buku tu aku dah tak nampak kau, aku rindu kau, sebab tu aku datang sini aku tahu kau selalu ada dekat sini.” Naim meluahkan perasaannya kepada aku, aku berasa sangat gembira tapi dia kan sudah ada kekasih.

          “Betul ke yang awak cintakan saya?” aku bertanya lagi meminta kepastian, Naim hanya mengangguk. “Tapi awak kan sudah ada kekasih?” aku bertanya lagi. “Bila aku beritahu kau yang aku sudah ada kekasih?” Naim kembali menyoal aku. “Dekat kedai buku.” Balasku perlahan. “Ya Allah, yang itu kembar aku la, kembar tapi tak seiras.” Jelasnya, kembar? Kenapa aku tak pernah tengok pun selama ini. “Tak pernah nampak pun?” Aku bertanya kehairanan. “Memang la kau tak pernah nampak dia baru balik dari Sarawak, dia tengah cuti semester.” Naim menjelaskan. “Satu lagi soalan, kenapa awak tak cakap dekat saya benda ni awal-awal?” aku bertanyakan soalan yang sudah lama bermain di dalam kepalaku.

          “Sebab kau sudah ada Erul.” Balasnya. “Erul?” giliran aku pula yang terperanjat dengan jawapannya. “Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap?” tanya Naim yang kelihatan kebingungan. “ Memang la salah, Erul tu Motosikal saya la.” Aku menerangkan perkara sebenar kepadanya. “Ha? motosikal kau letak nama?” soalnya dengan nada yang terkejut. “Ye la awak, kenapa awak tak percaya ke?” aku membalas dengan perasaan yang gembira, dan sekali lagi aku melihat senyuman di wajahnya, awak lepas ini selalu la saya dapat tengok senyuman limited edition awak tu. ^^

Monday 2 June 2014

#inikisahakudiBorneo

Assalamualaikum, apa habaq hangpa semua(tudia baq hang cakap utara...hahahhaha)
bah baiklah, di tengahari ni aku terdetik dan tiba-tiba ter'rajin' nak update blog plak.
sebenarnya apa yang bakal aku katakan, yang bakal aku kisahkan ini akan memperlihatkan sesuatu yang jelas dimata manusia. segalanya setiap lafaz, setiap kata...(arghhhhh..apa aku mengarut ni, termasuk skrip VIM plak..hahahahhaa)

ok Khatijah sila balik kepangkal jalan, kawal sikit nafsu tu, tak kuase aku..hahahahahha
sebenarnya aku nak share ngan korang kisah aku kat bumi borneo ni..hahahhahha...banyak benda aku buat sem ni sampai nak tidur pon aku dah tak tahu macam mana(perghhh ayat...hahahha). berbalik kepada pangkal jalan untuk pengetahuan korang2 sem ni aku join produksi teater then cerita yang nak aku kongsi ni semua pasai kenangan..

KENANGAN!
kenangan merupakan satu perkara yang sangat indah dalam hidup kita,
semua perkara yang berlaku akan menjadi kenangan dan terpahat di hati kita,
tidak kira kenangan itu manis atau buruk,
kenangan yang manis akan terpahat segar di ingatan,
kenangan buruk akan disimpan rapi di dalam hati yang paling dalam,
biasanya kenagan manis akan diingat dan yang buruk akan dijadikan teladan,
ya, aku punya kenangan, dan aku akan simpan kenangan itu.


last day show...hari terakhir ngan ngan senior2..sedih..

malam dinner @ Malam Karyawan Seni

setelah lama tak naik bas...hahahahha....(ke JKKN Sabah)

Korang ada Monopu ni...hehehehe

satu2nya kelas tutorial sem ni, tutor dya mmg terbaik

dance class...hahahahahha

kawan-kawan se-rempit..hahahha.. Multimoto KK

Geng yang slalu buat gila..hahahha

it's Family Day...

again, last day show...sayang korang

bila produksi sebelah buat show kmi lak g tgk..
(aku baru sampai tros masuk menyebok dalam gambar..hahahha)

jam 6 pagi...hahahahha

klas Asas Lakon..(jadi model make-up)

kelas oral bah...

it's show time...

final exam..asas lakon..


Omerta Production(btol ka ejaan tu)

ok done...penat mengupload gambo ni..hahahahha...itulah kisahnya #inikisahakudiBorneo...
walaupun aku penat ngan life macam ni tapi aku happy..hahahha..kenangan tu memang satu perkara yang tak bole kita lupa sampai bila2 kan...so tamatlah kini kisah aku di tahun 1/semester 2...
ehh...jap blom tamat lagi sebab aku kena tolong tahun 3 tari untuk projek akhir diaorang, final exam pon tak jawab lagi kecoh nak tamat sem..hahahhaha...
apa-apa pon 25/6 ni aku fly balik Penang..hahahhaha(gelak besor sket)
agak2 korang sem depan aku major apa? penulisan? tari? teater?...tunggu dan lihat saja lah...

p/s : kalau nak cari aku sem depan, tolong cari di Studio Tari Normadiah...hahahahhaha...

penang negeri seni???

Asslamualaikum....kalau aku nak tulis lama tak update macam menipu pula kan..hehehhhe
tak lah, aku ni sebenarnya nak cerita tentang sesuatu yang unik yang terdapat di negeri aku, Pulau Pinang.

Pulau Pinang ni dibuka oleh Francis Light setelah di berikan oleh Sultan Kedah kepada beliau. Di situ Francis Light telah membuka sebuah kubu yang dikenali sebagai Ford Convalis, kepada sesiapa yang tak tahu datang la melawat ataupun cari je dekat Lebai Google tu...hahahhaa.
sebenarnya perkara utama yang aku nak cerita dalam entry kali ni ialah berkenaan tentang dunia seni yang makin meluas dan merebak di negeri ini. Memang tidak dinafikan bahawa negeri ini telah banyak melahirkan seniman-seniman Negara yang terkenal pada suatu masa dahulu, antaranya ialah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Nordin Hassan dan sebagainya.
Namun perkara yang aku nak cerita dekat sini ialah berkenaan dengan seni visual yang semakin popular di negeri ini sehinggakan terdapat sebuah lorong yang digelar Street Art. Disitu terdapat pelbagai lukisan yang dilukis di dinding-dinding rumah dan sebagainya. Pada pendapat aku kalau lukisan yang dilukis di dinding merupakan satu perkara yang sangat biasa, tetapi benda yang paling rare ialah terdapat lukisan yang di hasilkan dengan menggunakan besi. Memang tidak dapat dinafikan dekat fakulti aku pun banyak seni yang dihasilkan daripada besi, tapi bagi aku benda ni memang terbaik dan lain daripada yang lain, perkara yang ditonjolkan dalam seni tersebut menceritakan tentang kehidupan masyarakat di negeri ni dan kisah-kisah sejarah, hal ini juga berkaitan dengan gelaran yang diberi kepada Gorgetown sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
Di sini aku ada sedikit gambar yang nak kongsi dengan korang semua, tengok la...
 
 
 
cantik kan..

ini pasal penarik beca

cerita tentang kedai kasut

tak pasti, maybe tentang pajak gadai kot...hahahha

ini di zaman dahulu

ini pula polis zaman dulu, dan gambar ini bukti bahawa benda ni
memang dibuat daripada besi, ada bayang-bayang.

zaman berdagang dahulu kala

penjual mee TokTok

yang ini mmg aku tak pasti apakah maksud dia.

main tocang rambut

sebenarnya setiap benda ni ada maksud dia yang tersendiri, tapi satu benda yang buat aku kagum ialah setiap satu huruf yang ditulis tu semua dari besi. memang rajin tahap dewa sapa yang buat benda ni. hahahahahahahha....hargailah seni...

resepi ais krim tecikk...

assalamualaikum dan selamat sejahtera...(ceh formal pula..hahhaha)
baiklah...atas pemintaan ramai(errr...perasan sangat) aku nak update la sikit pasal resepi ais krim tecik yang aku buat haritu..
sebenarnya senang je nak buat ais krim tu... resepi dia macam kek coklat tu campak-campak je...hahahha
daripada aku terlebih merepek baik aku stop...ni tengok lah resepinya...

bahan -bahan

gula halus       1 cawan
coffee mix      2 cawan
susu cair         1 tin
serbuk koko    secukup rasa
air                   2 cawan

cara-cara

  1. masukkan gula halus dan air kedalam periuk, panaskan.
  2. dalam masa yang sama masukkan coffee mix dan susu cair ke dalam campuran tersebut.
  3. setelah larut, masukkan campuran tersebut ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan ke dalam peti sejuk selama satu malam.
  4. setelah beku, keluarkan adunan tersebut dan masukkan sebuk koko sediki demi sedikit sambil putar menggunakan pengadun(ala yg dok buat kek ngan kuih tu)
  5. setelah adunan sebati, masukkan semula ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga beku.
  6. akhir sekali masukkan ke dalam mulut...hhahahhahhha

p/s : selamat mencuba...kalau korang tak suka manis kurangkan lah kuantiti gula tersebut..

Friday 30 May 2014

Menangislah....

assalamualaikum geng...
lamakan aku tak update blog ni...
baru-baru ini aku ada terbaca satu madah yang sangat indah bagi aku la(kalau untuk orang maybe macam biasa je kan..hahaha)
madah ni aku dapat dalam majalah solusi yang aku beli guna boucer buku....hahahahahha...
karya ini ditulis oleh seseorang yang dah lama aku minat iaitu ustazah Siti Noorbahyah Mahamood...
so aku x nak membebel panjang2...korang layan la pulak benda ni ok..

MENANGISLAH jika tangisan itu dapat memberikan ketenangan.

Adakala keinsafan datang setelah berdosa,
lalu hati terasa sangat gelisah tidak terkata,
bimbang tidak dapat menebus segala noda,
biarpun taubat penuh linangan air mata.

namun tetap malu pada Yang Maha Esa,
moga segala dosa Allah ampuni dan terhapuslah derita.

menangislah, jika tangisan itu dapat memberikan ketenangan,
membibitkan keinsafan, menambahkan ketaatan, menghasilkan kebahagiaan.
mengalir air mata syukur, menyedari setiap ujian bukti sayang Allah.

bila hati ada Allah dan tidak pernah lelah,
bergetarlah ia kala menyebut nama Allah,
baik ketika diuji dengan kesenangan mahupun susah,
hati tiada lagi resah, jka terasa indah,
dalam ketenangan iman.

tiada yang indah melainkan dicintai Allah
dan sentiasa mendapat keredaan-Nya.
tiada yang membahagiakan melainkan disayangi dengan penuh keikhlasan di hati.

Friday 7 March 2014

aku baru mencuba menulis...

assalamualaikum...
apa habaq semua..hahahhahah...ok skang ni aku nak share satu puisi yang aku tulis sendiri taw..
aku harap korang sudi2 la baca puisi aku ni...hahahha(aku taw bkn ramai pon yg suka baca entry aku..hahaha)

LORONG

Di lorong itu aku berdiri, kaku,
memerhatikan gelagat-gelagat manusia,
pelbagai karenah dan tingkah laku mereka,
menjalankan aktiviti seharian tanpa mengalah.

Di lorong itu, kelihatan sang anak kecil,
merayau-rayau mencari sesuatu,
sesuatu yang bernilai untuk dijual,,
dijual untuk mendapatkan sesuap nasi,
bagi meneruskan kehidupan untuk hari esok,
padaku, disini bukan tempat mereka.

Di lorong itu, aku terlihat sang muda remaja,
anak-anak bangsa yang gagah perkasa,
dianggap sebagai asset terhadap remaja,
bakal menjadi pembela kepada nusa dan bangsa,
tapi sayang, langkahnya kecundang,
lembah hitam itu yang diselami mereka.

Di lorong itu aku berfikir,
adakah semua ini suratan takdir,
adakah ini nasib anak bangsaku,
semakin aku menyusuri lorong itu,
semakin aku memahami erti sebenar kehidupan.


p/s : first time aku menulis...hahahhaha...aku harap korang jangan gelak ar...hahhaha..aku masih mentah di dunia ini.