Monday 9 June 2014

Senyuman Limited Edition...^^

Assalamualaikum geng...arini aku tak nak cerita banyak sebenarnya, aku just nak share ngan korang tentang satu cerpen yang aku tulis sendiri ok...hahahahhaha.
kisah yang aku tulis ni sebenarnya kisah benar la juga(sikit-sikit je) yang lain tu aku reka sendiri...so aku taknak cakap banyak orang baca la cerita ni...kalau rajin komen la skit..hehehehhe


SENYUMAN 'LIMITED EDITION'
By : Khatijah Yaakup
Aku mengemas barang-barangku dengan keadaan yang tergesa-gesa, ‘kenapa  la pensyarah ni beleter panjang sangat hari ni, kan dah lambat.’ Bebelku sambil melangkah keluar daripada dewan kuliah. “Nuha, kau nak pergi mana? kitaorang nak pergi makan ni, kau tak mahu ikut ke?” tanya Lili apabila melihat aku laju meninggalkan kelas. “Tak nak, aku gerak dulu, bye.” Balasku lantang, semakin laju aku mengorak langkah, dah lambat ni nanti habis pula benda alah tu.

          Motosikal kesayanganku diletakkan dengan elok di tepi jalan, aku berlari-lari anak tanpa mempedulikan orang di sekelilingku apabila aku melihat tuan punya gerai sedang mengemas barang-barang jualannya. “Assalamualaikum makcik, karipap dah habis ke?” soalku walaupun aku tahu bahawa gerai tersebut telah ditutup. “Dah habis la nak, kenapa lambat hari ini selalu awal je awak sampai” balas makcik Ana, pemilik gerai karipap yang paling sedap di kawasan tersebut, karipap yang dijual olehnya ialah karipap jenis besar, rasanya sangat kena dengan anak tekak aku yang penggemar karipap ini, eh bukan ‘hantu karipap’.

          “Saya ada kelas tadi, sebab itu yang lambat, tak apa la makcik saya balik dulu, tak dapat makan karipap makcik harini.” Jelasku sambil mengeluh, aduh tak dapat makan karipap hari ni, tiba-tiba satu bungkusan plastik mendarat di hadapan mataku. Aku menyambut huluran itu dan membukanya, karipap! Pantas aku menoleh kearah tuan punya tangan, anak makcik Ana dia simpan karipap untuk aku. “Eh, awak terima kasih sebab simpan karipap ni untuk saya” kataku dengan perasaan yang sungguh gembira, mau tak gembira dapat karipap kegemaran, daging pula tu. “Sama-sama” balasnya dingin, dia kembali meneruskan kerja-kerjanya mengemas barang.

          “Nama saya Nuha, nama awak siapa? boleh kita kenal-kenal.” sambungku, masih mahu berbicara dengan lelaki tersebut. “Naim.” katanya sepatah lalu pergi meninggal aku sendirian di situ. Naim, indah nama itu seperti wajahnya juga, manis mukanya, sejuk mata memandang dengan janggut yang sejemput dibawah dagu menyebabkan semua wanita boleh cair melihatnya, tapi sayang ada kekurangan di wajah itu. Sepanjang aku menjadi pelanggan tetap di gerai karipap tersebut sejak beberapa bulan yang lalu, aku tidak pernah melihat wajah itu dihiasi senyuman, asyik serius sahaja atau dia mahu aku yang menimbulkan senyuman di wajahnya, aku tersenyum sendiri sambil menikmati karipap daging kegemaranku.

          Hari beransur petang, aku melabuhkan punggung di tepi tasik sebentar untuk melepaskan lelah setelah lama aku berjogging dari kawasan perumahanku sehingga ke tasik ini, hari ini aku telah memecahkan rekod peribadiku berjongging tanpa membawa motosikal aku bersama, jarak rumahku ke tasik ini agak jauh. Kedengaran telefon bimbit aku menjerit-jerit meminta untuk diangkat, aku tersenyum melihat nama di skrin telefonku, tanpa berlengah aku menyambut panggilan tersebut. “Wa’alaikumusalam ibu, orang nak balik dah ni, tunggu sekejap ye.” aku menjawab panggilan tersebut sambil bangun meninggalkan tempat dudukku, orang tua-tua pernah berkata malang itu tidak berbau, semasa aku asyik melihat kanak-kanak yang sedang gembira bermain layang-layang, aku tidak menyedari akan kehadiran seseorang yang sedang laju berlari menuju ke arahku, tanpa sempat mengawal kelajuannya dia merempuh diriku.

          “Ya Allah, kenapa yang kau berdiri tengah jalan ni?” soal lelaki tersebut sambil bangun mengibas-ngibas bajunya yang dipenuhi dengan rumput kering, serius sahaja nadanya. “Maaf, saya tengah tengok budak-budak main layang-layang.” balasku yang masih terduduk di atas laluan yang dibuat khas untuk berjogging dikawasan riadah tersebut, aku mendongak untuk melihat siapakah gerangan orang yang merempuhku, Ya Allah, abang karipap. “Tak apa, kau ok tak ni?” soalnya lagi. “Ok kot.” aku menjawab sambil melihat di seluruh badanku, hemmm, tak ada apa yang luka tapi kenapa tangan aku sakit, perlahan-lahan aku mengangkat tapak tanganku, Ya Allah darah, banyaknya. “Awak...darah...” kataku perlahan sambil menunjukkan luka di tapak tanganku, mataku sudah berpinar-pinar dan penglihatanku semakin gelap.

          “Nuha bangun, Nuha.” Terdengar suara lelaki samar-samar memanggil namaku, aku terjaga apabila terasa ada percikan air dimukaku, saat aku membuka mata aku melihat wajah Naim di hadapanku. “Kau ok ke ni? Kenapa kau tiba-tiba pengsan ni?” soal Naim dengan mukanya yang masih serius. “Ok, saya cuma tak boleh tengok darah la, dah lama ke saya pengsan ni, ibu mesti risaukan saya sebab tak balik rumah lagi.” aku mula gelisah memikirkkan ibu yang sedang menantiku dirumah. “Tak lama lima minit je, tangan kau tu aku dah balut, kau datang dengan apa?” tanya Naim lagi sambil matanya melihat sekeliling mencari sesuatu. “Saya jalan kaki, selalu datang dengan Erul, tapi hari ini gedik nak jalan kaki sendiri.” balasku sambil melihat tanganku yang sudah dibalut dengan sapu tangan, sapu tangan dia kot. “Kalau macam tu biar aku hantar la, lagipun kau tu baru sedar dari pengsan  mana boleh jalan sorang-sorang.” Katanya sambil berjalan menuju ke kereta. Baik juga mamat ni, mahu pula dia tolong aku padahal aku yang salah. Aku ingat selama ni kerek je mamat ni, mana tidaknya wajah tu tak pernah lekat dengan senyuman asyik serius je, bercakap dengan aku pun serius je.

          “Assalamualaikum, makcik karipap dua” makcik Ana hanya membalas dengan anggukkan sahaja, aku melihat kedalam gerai mencari kelibat seseorang yang aku tunggu, mana dia pergi ni tak nampak pun dari tadi. Mata aku meliar ke luar gerai melihat sekeliling dan aku ternampak Naim sedang duduk di tepi gerai sambil bermain dengan seekor kucing, aku terkedu.  Sesuatu yang tidak dapat aku bayangkan telah berlaku, sesuatu yang jarang aku lihat, sesuatu yang aku cari selama ini, senyumanya. Ternampak dengan jelas senyuman di bibirnya, dia tersenyum sambil bercakap dengan kucing yang berada di atas pehanya.  Ya Allah indahnya ciptaan mu, manis sekali wajah itu dihiasi dengan senyuman.

           “Nuha...Nuha...” aku tersedar dari khayalanku apabila terdengar makcik Ana memanggil nama ku. “Ya makcik, ada apa panggil saya?” aku membalas seperti orang bodoh. “Ini ha, karipap awak dah siap, jangan di tenung anak makcik tu lama-lama nanti putus pula janggut budak tu dek tenungan Nuha yang tajam tu.” Makcik Ana bergurau apabila dia melihat gelagat aku yang tidak lepas memandang anaknya, alamak macam mana boleh kantoi ni. Itu la kau Nuha nak tengok anak teruna orang tak pandang kiri kanan, kan dah kantoi malunya aku dengan makcik Ana. Aku mengambil karipap sambil menunjukan segaris gigiku kepada makcik Ana, nak cover malu la tu.

          “Awak, awak buat apa dekat sini kenapa tak tolong mak awak hari ini?” aku menegur Naim yang sedang leka bermain dengan kucing. “Kau ni bagi aku terkejut je, tak tahu nak bagi salam ke?” balasnya dengan nada yang serius, sudah hilang wajah yang manis dihiasi senyuman tadi, kenapa dengan dia ni kejap ok, kejap tak ok. “ Ye la awak, saya minta maaf Assalamualaikum awak, awak buat apa dekat sini?”  aku meminta maaf atas ketelanjuranku. “ Aku tengah masak nasi ayam, tak nampak ke?” balasnya sambil tangannya masih membelai-belai kucing yang semakin menggalak di atas pehanya. “ Ye la awak, nampak sedap nasi ayam awak tu, nanti bagila dekat saya sikit.” Aku membalas sambil mengiyakan kata-katanya, comel pula kucing ini, aku mula mahu membelai kepalanya namun Naim dengan keras menepis tanganku.

          “Aduh, sakit la awak.” Sakitnya tangan aku, dia ni lupa ke yang tangan aku luka semalam. “Maaf aku lupa yang tangan kau luka, yang kau datang sini kenapa?” dengan ikhlas dia meminta maaf kepada aku. “Saya nak pulangkan sapu tangan awak ni, dan nak cakap terima kasih sebab tolong saya semalam, lagi satu ni ibu saya bagi dekat awak.” Aku memberikan sapu tangannya bersama-sama satu bungkusan plastik, ibu mengirimkan lepat liat kepada Naim sebagai tanda terima kasih kerana dia telah membantu aku semalam. Selepas memberikan bungkusan tersebut aku mula mengorak langkah meninggalkan Naim sendirian disitu. “ Wei, terima kasih.” Katanya sambil melemparkan senyuman kepada aku, sekali lagi aku terpaku melihat senyumannya, dunia terasa terhenti seketika, terasa ada sesuatu yang aneh di dalam hati aku, aku tidak pernah merasa perasaan seperti ini.

          Sementara menunggu ibu dan kakak memilih baju di dalam butik aku menghabiskan masa mencari bahan bacaan yang terbaru untuk menghiasi rak buku di dalam bilikku. Deretan novel yang baru diterbitkan menjadi tumpuanku. Pada masa kini banyak koleksi-koleksi novel yang ditulis oleh penulis-penulis yang baru dan kebanyakannya mempunyai tema yang sama, disamping itu terdapat juga beberapa novel yang telah diadaptasi menjadi drama dan filem, hal ini kerana mereka mahu menggalakkan masyarakat untuk membaca. Semasa aku leka memilih bahan bacaanku aku terlihat kelibat seseorang yang aku kenali.

          Mataku mengekori kelibat tersebut kerana aku sangat yakin bahawa aku mengenali figura badan tersebut, Naim. Aku memerhatikan gelagatnya dengan seorang perempuan yang sangat ayu dan cantik di hadapan kaunter bayaran, sangat bahagia. Cantiknya perempuan itu jika mahu dibandingkan dengan diriku yang comot dan jarang berhias ini. Aku tidak pasti dengan perasaanku, tetapi aku sangat yakin bahawa aku tidak suka melihat perempuan lain bergandingan dengan Naim. Adakah ini yang dikatakan perasan cinta suci yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap hambanya. Tanpa aku sedari Naim juga sedang memandangku, apabila aku menyedari bahawa diri aku diperhatikan olehnya, aku berlalu pergi tanpa melihat kearahnya, aku pun tidak tahu apa yang telah terjadi kepada aku yang aku tahu hatiku terasa sakit dan pedih.

          Petang itu seperti biasa aku akan meluangkan masa untuk beriadah sambil melepaskan tekanan di dalam pelajaranku. Aku mengelilingi kawasan tasik tersebut sambil mendengar lagu yang dipasang melalui pemain mp3 yang sentiasa menjadi penemanku. Setelah penat aku melabuhkan punggung di tepi tasik, melihat gelagat angsa yang berada di dalam tasik tersebut. Mereka berenang ke sana dan kesini dengan perasaan yang riang, perasaan gembira tanpa mempedulikan manusia yang berada disekeliling mereka. Sedang aku asyik melihat gelagat mereka tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang dilontar kearahku, aku menoleh ke belakang melihat siapakah manusia yang kurang ajar, berani dia melontar batu kearahku nasib baik batu kecil kalau besar mahu pecah kepala aku, kelihatan Naim berdiri sambil berpeluk tubuh memandang ke araku.

          Sejak kejadian di kedai buku seminggu yang lalu aku tidak lagi berkunjung ke gerai karipapnya, aku kecewa apabila memikirkan Naim sudah mempunyai kekasih. Hampir beberapa hari aku berfikir kenapa aku berasa cemburu apabila melihat Naim bersama orang lain dan kini aku yakin dengan perasaanku, aku cintakan dia. Walaupun sekejap aku mengenalinya tetapi aku pasti dengan perasaan ini. Aku kembali memandang kearah tasik tanpa menghiraukan Naim yang berada dibelakangku, malas aku mahu melayannya. Naim datang dan melabuhkan punggungnya di tepi aku, aku masih tidak menghiraukannya dan asyik mendengar lagu.

          “Kenapa kau lama tak datang gerai?” soalnya apabila dia berjaya mengambil headfone yang berada dikepalaku. “Saja, tak ada mood nak makan karipap, sebab itu saya tak pergi.” Balasku selamba tanpa memandang kearahnya. Mahu gila juga aku seminggu tak makan karipap makcik Ana, tapi aku sabar je. “Oh, ingatkan awak dah tak sudi nak datang gerai mak saya.” Balas Naim, lain macam sahaja ayat mamat ni. “Tak ada la, saya malas je nak pergi, saya tengah fokus dengan projek tahun akhir saya.” Aku membalas dengan memberi alasan yang tidak logik, padahal aku sudah lama menyiapkan tugasan terakhirku.

          “Kau marah dekat aku ke” akhirnya terkeluar juga soalan yang ingin ditanyakan oleh Naim. “Marah? Kenapa saya nak marah dekat awak, awak tak buat salah pun dengan saya.” Mana ada aku marahkan dia, aku hanya kecewa sikit je. “ Aku tengok kau dah berubah, tak macam selalu, biasanya kau akan bising, banyak cakap tapi aku tengok kau diam je.” Naim berterus terang dengan perkara yang dirasainya, memang betul apa yang dikata olehnya, ini bukan diri aku yang sebenar. “ Tak ada apa-apalah, saya balik dulu, Assalamualaikum.” Aku tidak menjawab soalanya dan mula mengorak langkah meninggalkan Naim. “ Eh, kau nak pergi mana, jawab soalan aku dulu baru pergi.” Naim masih mendesak aku memberitahu perkara sebenar.

          “Baiklah awak nak tahu sangatkan kenapa saya marah.” Aku memulakan bicaraku apabila dia tidak putus-putus meminta aku untuk berterus terang. “Saya cemburu tengok awak dengan perempuan lain, masa dekat kedai buku tu hati saya sakit sangat tengok awak dengan perempuan tu, awak nampak bahagia sangat.” Aku berterus terang kepadanya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. “Kenapa awak cemburukan saya dengan perempuan itu.” Soal Naim kehairanan, mamat ni bukan sahaja tidak tahu nak senyum, lambat tangkap pula tu. “Saya cintakan awak.” Aku membalas perlahan dan pergi meninggalkan Naim di situ sendirian, namun pantas Naim mengejarku daripada belakang.

          “Nuha, tunggu jangan pergi dulu, dengar apa yang saya mahu cakap ni.” Aku tidak mempedulikan perkara yang mahu diberitahu olehnya, yang aku tahu sekarang aku mahu hilang dari pandangannya, Ya Allah, macam mana aku boleh luahkan perasaan aku dekat dia, malunya aku. “Nuha, aku pun cintakan kau.” Jerit Naim lantang, apabila dia melihat aku semakin jauh meninggalkannya. Aku berhenti dan berpaling kearahnya dan dia laju mendapatkan aku.

          “Aku cintakan kau, sejak hari pertama aku nampak kau datang ke gerai aku, masa tu kau terjatuhkan mp3 kau ke di dalam bakul yang aku letakkan karipap, selepas hari itu, hari-hari aku nampak kau datang beli karipap dekat kedai aku, sampai satu hari tu kau tak datang tapi firasat aku kuat mengatakan yang kau akan datang jadi aku simpan karipap dekat kau. Lepas tu, masa kau pengsan sebab tengok darah aku risau sangat, masa kau pengsan tu aku tengok kau comel sangat lagi aku yakin dengan perasaan aku dekat kau, masa kau bagi aku lepat liat lagi aku gembira. Tapi selepas kejadian dekat kedai buku tu aku dah tak nampak kau, aku rindu kau, sebab tu aku datang sini aku tahu kau selalu ada dekat sini.” Naim meluahkan perasaannya kepada aku, aku berasa sangat gembira tapi dia kan sudah ada kekasih.

          “Betul ke yang awak cintakan saya?” aku bertanya lagi meminta kepastian, Naim hanya mengangguk. “Tapi awak kan sudah ada kekasih?” aku bertanya lagi. “Bila aku beritahu kau yang aku sudah ada kekasih?” Naim kembali menyoal aku. “Dekat kedai buku.” Balasku perlahan. “Ya Allah, yang itu kembar aku la, kembar tapi tak seiras.” Jelasnya, kembar? Kenapa aku tak pernah tengok pun selama ini. “Tak pernah nampak pun?” Aku bertanya kehairanan. “Memang la kau tak pernah nampak dia baru balik dari Sarawak, dia tengah cuti semester.” Naim menjelaskan. “Satu lagi soalan, kenapa awak tak cakap dekat saya benda ni awal-awal?” aku bertanyakan soalan yang sudah lama bermain di dalam kepalaku.

          “Sebab kau sudah ada Erul.” Balasnya. “Erul?” giliran aku pula yang terperanjat dengan jawapannya. “Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap?” tanya Naim yang kelihatan kebingungan. “ Memang la salah, Erul tu Motosikal saya la.” Aku menerangkan perkara sebenar kepadanya. “Ha? motosikal kau letak nama?” soalnya dengan nada yang terkejut. “Ye la awak, kenapa awak tak percaya ke?” aku membalas dengan perasaan yang gembira, dan sekali lagi aku melihat senyuman di wajahnya, awak lepas ini selalu la saya dapat tengok senyuman limited edition awak tu. ^^

No comments:

Post a Comment