Monday, 2 June 2014

#inikisahakudiBorneo

Assalamualaikum, apa habaq hangpa semua(tudia baq hang cakap utara...hahahhaha)
bah baiklah, di tengahari ni aku terdetik dan tiba-tiba ter'rajin' nak update blog plak.
sebenarnya apa yang bakal aku katakan, yang bakal aku kisahkan ini akan memperlihatkan sesuatu yang jelas dimata manusia. segalanya setiap lafaz, setiap kata...(arghhhhh..apa aku mengarut ni, termasuk skrip VIM plak..hahahahhaa)

ok Khatijah sila balik kepangkal jalan, kawal sikit nafsu tu, tak kuase aku..hahahahahha
sebenarnya aku nak share ngan korang kisah aku kat bumi borneo ni..hahahhahha...banyak benda aku buat sem ni sampai nak tidur pon aku dah tak tahu macam mana(perghhh ayat...hahahha). berbalik kepada pangkal jalan untuk pengetahuan korang2 sem ni aku join produksi teater then cerita yang nak aku kongsi ni semua pasai kenangan..

KENANGAN!
kenangan merupakan satu perkara yang sangat indah dalam hidup kita,
semua perkara yang berlaku akan menjadi kenangan dan terpahat di hati kita,
tidak kira kenangan itu manis atau buruk,
kenangan yang manis akan terpahat segar di ingatan,
kenangan buruk akan disimpan rapi di dalam hati yang paling dalam,
biasanya kenagan manis akan diingat dan yang buruk akan dijadikan teladan,
ya, aku punya kenangan, dan aku akan simpan kenangan itu.


last day show...hari terakhir ngan ngan senior2..sedih..

malam dinner @ Malam Karyawan Seni

setelah lama tak naik bas...hahahahha....(ke JKKN Sabah)

Korang ada Monopu ni...hehehehe

satu2nya kelas tutorial sem ni, tutor dya mmg terbaik

dance class...hahahahahha

kawan-kawan se-rempit..hahahha.. Multimoto KK

Geng yang slalu buat gila..hahahha

it's Family Day...

again, last day show...sayang korang

bila produksi sebelah buat show kmi lak g tgk..
(aku baru sampai tros masuk menyebok dalam gambar..hahahha)

jam 6 pagi...hahahahha

klas Asas Lakon..(jadi model make-up)

kelas oral bah...

it's show time...

final exam..asas lakon..


Omerta Production(btol ka ejaan tu)

ok done...penat mengupload gambo ni..hahahahha...itulah kisahnya #inikisahakudiBorneo...
walaupun aku penat ngan life macam ni tapi aku happy..hahahha..kenangan tu memang satu perkara yang tak bole kita lupa sampai bila2 kan...so tamatlah kini kisah aku di tahun 1/semester 2...
ehh...jap blom tamat lagi sebab aku kena tolong tahun 3 tari untuk projek akhir diaorang, final exam pon tak jawab lagi kecoh nak tamat sem..hahahhaha...
apa-apa pon 25/6 ni aku fly balik Penang..hahahhaha(gelak besor sket)
agak2 korang sem depan aku major apa? penulisan? tari? teater?...tunggu dan lihat saja lah...

p/s : kalau nak cari aku sem depan, tolong cari di Studio Tari Normadiah...hahahahhaha...

penang negeri seni???

Asslamualaikum....kalau aku nak tulis lama tak update macam menipu pula kan..hehehhhe
tak lah, aku ni sebenarnya nak cerita tentang sesuatu yang unik yang terdapat di negeri aku, Pulau Pinang.

Pulau Pinang ni dibuka oleh Francis Light setelah di berikan oleh Sultan Kedah kepada beliau. Di situ Francis Light telah membuka sebuah kubu yang dikenali sebagai Ford Convalis, kepada sesiapa yang tak tahu datang la melawat ataupun cari je dekat Lebai Google tu...hahahhaa.
sebenarnya perkara utama yang aku nak cerita dalam entry kali ni ialah berkenaan tentang dunia seni yang makin meluas dan merebak di negeri ini. Memang tidak dinafikan bahawa negeri ini telah banyak melahirkan seniman-seniman Negara yang terkenal pada suatu masa dahulu, antaranya ialah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Nordin Hassan dan sebagainya.
Namun perkara yang aku nak cerita dekat sini ialah berkenaan dengan seni visual yang semakin popular di negeri ini sehinggakan terdapat sebuah lorong yang digelar Street Art. Disitu terdapat pelbagai lukisan yang dilukis di dinding-dinding rumah dan sebagainya. Pada pendapat aku kalau lukisan yang dilukis di dinding merupakan satu perkara yang sangat biasa, tetapi benda yang paling rare ialah terdapat lukisan yang di hasilkan dengan menggunakan besi. Memang tidak dapat dinafikan dekat fakulti aku pun banyak seni yang dihasilkan daripada besi, tapi bagi aku benda ni memang terbaik dan lain daripada yang lain, perkara yang ditonjolkan dalam seni tersebut menceritakan tentang kehidupan masyarakat di negeri ni dan kisah-kisah sejarah, hal ini juga berkaitan dengan gelaran yang diberi kepada Gorgetown sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
Di sini aku ada sedikit gambar yang nak kongsi dengan korang semua, tengok la...
 
 
 
cantik kan..

ini pasal penarik beca

cerita tentang kedai kasut

tak pasti, maybe tentang pajak gadai kot...hahahha

ini di zaman dahulu

ini pula polis zaman dulu, dan gambar ini bukti bahawa benda ni
memang dibuat daripada besi, ada bayang-bayang.

zaman berdagang dahulu kala

penjual mee TokTok

yang ini mmg aku tak pasti apakah maksud dia.

main tocang rambut

sebenarnya setiap benda ni ada maksud dia yang tersendiri, tapi satu benda yang buat aku kagum ialah setiap satu huruf yang ditulis tu semua dari besi. memang rajin tahap dewa sapa yang buat benda ni. hahahahahahahha....hargailah seni...

resepi ais krim tecikk...

assalamualaikum dan selamat sejahtera...(ceh formal pula..hahhaha)
baiklah...atas pemintaan ramai(errr...perasan sangat) aku nak update la sikit pasal resepi ais krim tecik yang aku buat haritu..
sebenarnya senang je nak buat ais krim tu... resepi dia macam kek coklat tu campak-campak je...hahahha
daripada aku terlebih merepek baik aku stop...ni tengok lah resepinya...

bahan -bahan

gula halus       1 cawan
coffee mix      2 cawan
susu cair         1 tin
serbuk koko    secukup rasa
air                   2 cawan

cara-cara

  1. masukkan gula halus dan air kedalam periuk, panaskan.
  2. dalam masa yang sama masukkan coffee mix dan susu cair ke dalam campuran tersebut.
  3. setelah larut, masukkan campuran tersebut ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan ke dalam peti sejuk selama satu malam.
  4. setelah beku, keluarkan adunan tersebut dan masukkan sebuk koko sediki demi sedikit sambil putar menggunakan pengadun(ala yg dok buat kek ngan kuih tu)
  5. setelah adunan sebati, masukkan semula ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga beku.
  6. akhir sekali masukkan ke dalam mulut...hhahahhahhha

p/s : selamat mencuba...kalau korang tak suka manis kurangkan lah kuantiti gula tersebut..

Friday, 30 May 2014

Menangislah....

assalamualaikum geng...
lamakan aku tak update blog ni...
baru-baru ini aku ada terbaca satu madah yang sangat indah bagi aku la(kalau untuk orang maybe macam biasa je kan..hahaha)
madah ni aku dapat dalam majalah solusi yang aku beli guna boucer buku....hahahahahha...
karya ini ditulis oleh seseorang yang dah lama aku minat iaitu ustazah Siti Noorbahyah Mahamood...
so aku x nak membebel panjang2...korang layan la pulak benda ni ok..

MENANGISLAH jika tangisan itu dapat memberikan ketenangan.

Adakala keinsafan datang setelah berdosa,
lalu hati terasa sangat gelisah tidak terkata,
bimbang tidak dapat menebus segala noda,
biarpun taubat penuh linangan air mata.

namun tetap malu pada Yang Maha Esa,
moga segala dosa Allah ampuni dan terhapuslah derita.

menangislah, jika tangisan itu dapat memberikan ketenangan,
membibitkan keinsafan, menambahkan ketaatan, menghasilkan kebahagiaan.
mengalir air mata syukur, menyedari setiap ujian bukti sayang Allah.

bila hati ada Allah dan tidak pernah lelah,
bergetarlah ia kala menyebut nama Allah,
baik ketika diuji dengan kesenangan mahupun susah,
hati tiada lagi resah, jka terasa indah,
dalam ketenangan iman.

tiada yang indah melainkan dicintai Allah
dan sentiasa mendapat keredaan-Nya.
tiada yang membahagiakan melainkan disayangi dengan penuh keikhlasan di hati.

Friday, 7 March 2014

aku baru mencuba menulis...

assalamualaikum...
apa habaq semua..hahahhahah...ok skang ni aku nak share satu puisi yang aku tulis sendiri taw..
aku harap korang sudi2 la baca puisi aku ni...hahahha(aku taw bkn ramai pon yg suka baca entry aku..hahaha)

LORONG

Di lorong itu aku berdiri, kaku,
memerhatikan gelagat-gelagat manusia,
pelbagai karenah dan tingkah laku mereka,
menjalankan aktiviti seharian tanpa mengalah.

Di lorong itu, kelihatan sang anak kecil,
merayau-rayau mencari sesuatu,
sesuatu yang bernilai untuk dijual,,
dijual untuk mendapatkan sesuap nasi,
bagi meneruskan kehidupan untuk hari esok,
padaku, disini bukan tempat mereka.

Di lorong itu, aku terlihat sang muda remaja,
anak-anak bangsa yang gagah perkasa,
dianggap sebagai asset terhadap remaja,
bakal menjadi pembela kepada nusa dan bangsa,
tapi sayang, langkahnya kecundang,
lembah hitam itu yang diselami mereka.

Di lorong itu aku berfikir,
adakah semua ini suratan takdir,
adakah ini nasib anak bangsaku,
semakin aku menyusuri lorong itu,
semakin aku memahami erti sebenar kehidupan.


p/s : first time aku menulis...hahahhaha...aku harap korang jangan gelak ar...hahhaha..aku masih mentah di dunia ini.

Tuesday, 18 February 2014

Kek coklat la pula...

asslamualaikum...apa khabar semua...
entry kali ni sebenarnya aku nak story skit pasai kek coklat kegemaran aku mehh...
kek ni mmg tahap sedap la...aku nk share la skit resepi kek coklat ni ngan korang...
sebab tu la aku tulis entry ni...(bole x aku nak tulis resepi je pasni...ahahahaha)
aku ni sebenarnya bole juga la dikatakan sebagai kaki masak...haahhaha
tapi aku ni jenis masak style campak2 je...x ikut pon resepi yg sebenar...hahahhaa

kek coklat campak2 janji sedap n bole makan....

bahan A
1 ketul buttercup
2 cawan gula halus(ala gula kasar tu korang blender kering  je bg jadi halus..hahahhaha)

bahan B
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung yg pandai naik sendiri(baking powder la)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
1 cawan air suam(jgn panas sngat nnti akan mematikan proses penaikkan)

# bahan B ni korang ayakkan sekali...

bahan C
4 biji telur yg dipukul dgn garfu je(campurkan satu sudu kecil esen vanilla)
100g cip coklat(yg macam atas cipsmore tu..)

cara2nya
  1. pukul bahan A sehingga kembang(itu adunan jadi kaler putih ma)
  2. setelah kembang masukan bahan B secara pelahan2 dan gaulkan dengan menggunakan satu arah sahaja...batter korang guna senduk jgn guna mixer..
  3. setelah gaul rata perap itu adunan selama 1 jam, bukan letak dalam peti ais, letak je atas meja tu and cover dengan penutp je(aku bedal sampai 4 jam baru aku bakar..tp lg basah meh, lagi sedap...hahahha)
  4. setelah diperap, korang buka balik itu aduan then tiba masa utk korang gaulkan adunan tadi tu dengan telur....gaulkan bagi rata dengan satu arah...gaul dengan kelajuaan yg tinggi(guna tangan dan senduk ok) sehingga Nampak ada bubble2 angin...
  5. lepas tu masukan dalam loyang dan campurkan cip coklat dalam tu(gaul rata ok, lagi banyak cip coklat lagi sedap itu kek)
  6. ok bab bakar ni aku x sure sangat...kan aku cakap td aku ni jenis campak2 je kan...so lalu aku guna suhu dia 250 darjah, then time dya plak 40 minit...tp kadang2 lebih jugak masa tu...(so cara mudah aku nak tahu kek itu sudah masak aku mencari la bau aroma dya ngan cucuk itu garfu dalam itu kek...so bila dh de kek yg x asak melekat dekat garfu tu, maknanya ia udah masak dong...hahahhahahaha...selamat mencuba...hehehehe

Monday, 27 January 2014

assalamualaikum...
hohohoho...geng lama suda aku x update kan..
mesti korang rindu nak dengar aku membebel kan(hahahha..perasan je aku ni kan...)
ok geng...untuk pengetahuan korang aku skang ni sedang bercuti di kampong...haahhahahaa(lama aku x balik)..
so bila dah balik rumah ni macam2 la aku buat...aku suruh la abang kesayangan aku buat pizza..hahahhaaa
lama gila aku x makan pizza yang dia buat..pizza dya mmg terbaik kat dunia ni..kalah pizza kat kedai tu..
nak dijadikan cerita kan..kemarin aku usha2 la buku cacatan kesayangan aku kat dalam rak buku tu..
aku terjumpa satu resepi yang aku simpan dah lama...dari aku form 3 lagi..
korang rasa resepi apa??? nasi lemak? roti canai? pancake? ais cream????
yes..ais cream...tepat sekali..aku jumpa resepi ais crem coklat yang kawan aku kasi masa aku form 3..hahahhaha...
ni la resepi yang dah berkurun tu..hahahahha.(tulisan tu kecik yg tulis..hahahaha)
dulu masa aku form 3 aku buat menatang ni tapi x jadi...hahahhahaa
pastu bila aku jumpa balik resepi ni ak try la kemarin...skang ni aku rasa resepi tu macam menjadi la pulak...ahahahahaha...sedap toq..kikikikiki...
ini la rupa ais cream coklat yang dah jadi tu..hahahhaha
 fuh...resepi ais cream ang mmg best la kecik...hahahahhaa...setelah kekecewaan aritu aku try balik mmg jadi siot...mak aku cakap pas ni x yah dh bli ais cream kat kedai tu..kikikiki...

ni la si nur athira fozi yg kasi resepi tu...dia ni bff aku dri form3 lg..
p/s : nnti aku share resepi ngan korang...tapi klaw korang x sabar try la zoom gambar tu.....hahahhahahahahahhahaha...c u nxt entry...